THE HAGUE, 11 OGOS – Polis Belanda telah menyerbu sebuah makmal kokain terbesar di Belanda, yang dibina di sebuah sekolah menunggang kuda di kawasan pendalaman utara negara itu.
Polis menyerbu kandang kuda pada Jumaat lalu untuk menangkap sekurang-kurangnya 17 suspek, yang majoritinya adalah warga Colombia.
Tiga suspek Belanda dan seorang warga Turki juga ditangkap.
“Ini adalah makmal kokain terbesar yang pernah dijumpai di Belanda,” kata ketua polis Andre van Rijn.
“Melihat kepada jumlah orang yang bekerja di sana, pemasangan ukuran makmal, susun atur dan peralatan, kami menganggarkan kapasiti pengeluaran dadah adalah sekitar 150 (330 paun) hingga 200kg kokain sehari,” katanya dalam satu kenyataan.
Dadar dianggarkan bernilai sekitar 4.5 juta euro (AS$5.2 juta) hingga enam juta euro.
Selain berpuluh-puluh ribu liter bahan kimia dan peralatan lain, polis juga merampas kokain seberat 100 kilogram.
Polis juga menemui 120 tan sebagai ‘pembawa barangan’ terutamanya pakaian yang diikat dengan kokain sebelum dicuci dan ubat yang diekstrak di makmal di bandar Apeldoorn, Belanda tengah.
Suspek yang berjaya ditangkap akan hadir di hadapan hakim akhir minggu ini. – AFP