Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis bina khemah, mudahkan pelajar dapatkan internet

    RANAU, 31 JAN – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau mengambil inisiatif membersihkan kawasan dan membina khemah di atas bukit setinggi 100 meter di Kampung Paus di sini bagi membantu pelajar mendapatkan capaian Internet untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

    Ketua Polis Daerah Ranau DSP Sammy Newton berkata ketiadaan isyarat Internet di kampung itu menyukarkan pelajar mengikuti sesi PdPR, justeru pihaknya menyediakan khemah di atas bukit yang juga di dalam ladang kelapa sawit bagi memberi manfaat kepada lebih 30 pelajar di kampung itu.

    “Semua peralatan khemah, meja dan kerusi adalah sumbangan pegawai dan anggota IPD Ranau. – Bernama

    Pelajar-pelajar Kampung Gana, menggunakan meja dan khemah yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memudahkan mereka mengikuti Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) yang dilaksanakan ekoran pandemik COVID-19. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda