Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Brazil dipinta tidak campur tangan

    BRASILIA, 27 Feb – Pendakwa raya Brazil telah mengemukakan permohonan agar Mahkamah Agung mengeluarkan satu perintah bagi menghalang ketua polis persekutuan daripada campur tangan dalam satu siasatan jenayah yang mungkin membawa kepada pertuduhan baharu berkaitan rasuah terhadap Presiden Michel Temer.

    Siasatan berkaitan isu pelabuhan adalah berasingan daripada kes rasuah lain yang boleh membawa kepada pertuduhan, namun tidak ada perbicaraan atau sabitan terhadap Temer.

    Kongres telah mengundi sebanyak dua kali dalam usaha menghalang Temer daripada dibicarakan semasa beliau masih menjadi Presiden.

    Temer mungkin berdepan perbicaraan sebaik sahaja beliau meletak jawatan.

    Peguam Negara Raquel Dodge telah meminta Mahkamah Agung mengeluarkan satu perintah yang menghalang campur tangan Ketua Pengarah Polis Persekutuan Fernando Segovia berikutan kenyataannya dalam satu temu bual bahawa beliau tidak nampak sebarang bukti rasuah dalam kes pelabuhan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda