Saturday, September 21, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis buru lelaki terlibat kes bunuh di Keningau

    KOTA KINABALU, 20 SEPT – Seorang lelaki dikehendaki polis selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh di Kampung Lingkudau, Keningau, semalam.

    Timbalan Ketua Polis Keningau, DSP Alizam Dalaman, berkata dalam kejadian 9:40 malam itu mangsa merupakan jiran kepada suspek.

    Beliau berkata isteri dan anak suspek telah melarikan diri ke rumah mangsa selepas berlaku pertengkaran antara suami isteri itu.

    “Isteri suspek meminta bantuan daripada mangsa supaya dihantar ke Balai Polis Keningau tetapi mangsa telah berjumpa dengan suspek sebelum berlaku pergaduhan,” katanya.

    Alizam berkata ekoran pergaduhan itu, suspek menetak mangsa menggunakan objek tajam menyebabkan berlaku pendarahan yang teruk.

    Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Azrul Efizul Mohd atau mana-mana balai berhampiran. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda