Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Polis buru suspek kejadian tembakan

    WASHINGTON, 14 NOV – Polis hari ini memburu suspek dalam kejadian tembakan yang membunuh tiga orang dan mencederakan dua yang lain di kampus universiti di negeri Virginia, Amerika Syarikat.

    Kampus utama Universiti Virginia (UVA) di Charlottesville ditutup sementara helikopter dan polis mencari seorang lelaki yang dianggap ‘berbahaya kerana memiliki senjata,’ kata Pejabat Pengurusan Kecemasan UVA di Twitter.

    Christopher Darnell Jones Jr, pelajar di universiti itu, disyaki telah melancarkan tembakan di kampus, kata presiden UVA, Jim Ryan dalam satu kenyataan.

    “Ia adalah insiden traumatik untuk semua orang dalam komuniti kami, dan kami telah membatalkan kelas hari ini.”

    Menurut pihak berkuasa, Jones digambarkan memakai jaket merah pekat, seluar jean biru dan kasut merah, selain berkemungkinan memandu sebuah kenderaan utiliti sport berwarna hitam.

    Satu e-mel dihantar kepada pelajar menyarankan semua pelajar mencari tempat perlindungan yang selamat dan mematuhi arahan berikutan keadaan belum bebas sepenuhnya.

    Sementara itu, polis di negeri Idaho sedang menyiasat kejadian berasingan hari ini di mana empat pelajar ditemui maut dalam sebuah rumah berdekatan sebuah kampus universiti, dipercayai ‘mangsa homisid.’

    “Sebaik sahaja tiba, pegawai menemui empat individu yang sudah meninggal,” kata polis dalam satu kenyataan. – AFP

    Sebuah kenderaan polis Charlottesville diletak di Jalan Culbreath semasa situasi tembakan aktif di kampus Universiti Virginia di Charlottesville kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...