THE HAGUE, 1 DIS – Polis Belanda menjalankan pemburuan besar-besaran hari ini untuk mencari seorang penyerang yang menikam tiga belia di kawasan membeli-belah utama di The Hague.
Pihak berkuasa berkata mereka bersikap terbuka mengenai motif serangan yang berlaku, ketika orang ramai tidak melepaskan peluang tawar menawar harga murah sempena Black Friday.
Penyerang lelaki itu melarikan diri, selepas insiden tikaman di sebuah kedai pakaian di Grote Markstraat di tengah bandar, iaitu kawasan membeli belah utama The Hague.
Ketiga-tiga mangsa adalah seorang budak lelaki berusia 11 tahun dari The Hague, seorang budak perempuan berusia 15 tahun dari Alphen aan den Rijn dan seorang budak perempuan berusia 15 tahun dari Leiderdor, kata agensi berita ANP, memetik polis.
Kesemua mereka dibenarkan pulang dari hospital semalaman.
“Kami masih belum menahan suspek. Justeru, kami sedang sibuk mencarinya. Masih awal untuk spekulasi,” kata jurucakap polis, Marije Kuiper, ketika ditanya mengenai kemungkinan motif serangan pengganas. – AFP
