WASHINGTON, 31 MAC – Dua pegawai polis Capitol akan mengemukakan saman terhadap bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin kerana menyebabkan pemberontakan pada 6 Januari lalu yang menyebabkan puluhan pegawai polis mengalami kecederaan dan seorang meninggal dunia.
Pegawai, James Blassingame dan Sidney Hemby berkata mereka mengalami ‘kecederaan fizikal dan emosional’ dalam rusuhan yang menurut mereka dibangkitkan oleh Trump, apabila dia berada dalam minggu terakhir sebagai presiden dan enggan menerima kekalahan pilihan raya.
“Rusuhan tersebut dibangkitkan oleh tindakan Trump mengenai beberapa bulan untuk membuatkan pengikutnya mempercayai dakwaan palsu bahawa dia dipaksa keluar dari Rumah Putih kerana penipuan besar pilihan raya,” kata mereka dalam fail saman di mahkamah persekutuan di Washington. – AFP