Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis cari Indana Parhiati

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Tutong untuk mengesan seorang pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu yang berusia 29 tahun dengan nombor pasport, C8467992, yang dipercayai lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong di talian, 4221206 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Indana Parhiati, 29 tahun. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda