Friday, September 20, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis cari remaja perempuan keluar rumah

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) meminta kerjasama dan bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan warganegara Malaysia berusia 19 tahun yang dilaporkan telah keluar dari rumah.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDB, di sini, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Muara untuk membantu mengesan Dayanti binti Jubli (gambar) yang mempunyai nombor pasport, K53190493.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Muara di talian 2770140, talian kecemasan polis 993 dan mana-mana balai polis yang berdekatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda