Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Polis cari suspek IS lari daripada serbuan

    QUETTA, PAKISTAN, 10 JAN – Sekumpulan suspek militan Islamic State (IS) melarikan diri di Pakistan selepas serbuan polis membunuh enam anggota lain kumpulan tersebut, kata pegawai hari ini.

    Polis pencegahan jenayah berkata dalam kenyataan yang mereka telah menyerbu tempat persembunyian mereka di bandar Quetta pada Sabtu lepas dan membunuh enam militan, namun ‘sekitar empat ke lima orang berjaya melarikan diri’.

    Seorang pegawai polis kanan memberitahu AFP yang ‘pasukan mereka kini menyerbu pelbagai kawasan untuk menangkap suspek yang lolos itu’.

    Antara yang maut adalah Asghar Sumalani, seorang komander junior di rantau kawasan IS-Khorasan (IS-K) yang dikenakan ganjaran AS$11,400 jika berjaya menangkapnya. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...