Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis dedah punca kematian Kim Sae Ron

    Selepas siasatan dilakukan akhirnya punca kematian pelakon Kim Sae Ron diklasifikasikan sebagai bunuh diri.

    Memetik laporan media Korea Selatan, pihak polis bagaimanapun memaklumkan aktres berkenaan tidak meninggalkan sebarang nota sebelum mayatnya ditemukan.

    “Kami yakin dia mengambil langkah ekstrem dan merancang untuk membunuh diri,” jelas kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

    Pada Ahad lalu, mayat Sae Ron, 24, ditemukan di rumahnya di di Seongsu-dong, Timur Seoul kira-kira pukul 4.55 petang.

    Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah melibatkan kematian Sae Ron.

    Ketika orang ramai masih bersedih dengan kehilangan pelakon ini, timbul pula cerita dia berdepan masalah kewangan sehingga menyebabkan tekanan.

    Ia susulan bayaran denda yang dikenakan ke atasnya susulan terlibat dengan kes kemalangan di bawah pengaruh alkohol pada tahun 2022.

    Sae Ron dikatakan perlu membayar ganti rugi kepada mangsa selain pihak berkuasa atas kerosakan yang berlaku.

    Menurut sumber, pelakon itu bagaimanapun cuba bangkit dan nekad untuk terus aktif berlakon setelah sekian lama tidak menerima tawaran.

    “Tekanan yang dialami Sae Ron menjadi lebih teruk sehingga membuatkan ramai bimbang. Dia tetap berusaha untuk kembali dalam kerjaya seni dan mendapatkan rawatan.

    “Namun pandangan negatif orang ramai membuatkan dia sukar untuk pulih,” jelas rakan Sae Ron. – Agensi

    Sae Ron tidak meninggalkan sebarang tanda sebelum ditemukan mati. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda