COPENHAGEN, DENMARK, 25 MEI – Polis Denmark mengatakan hari ini mereka telah merampas 277 basikal yang dicuri di Norway ketika ia sedang diangkut menggunakan trak ke Jerman.
Polis berkata mereka menahan pemandu trak itu warga Lithuania yang tidak dikenal pasti selaras dengan dasar polis yang turut dicari oleh pihak berkuasa Norway atas ‘jenayah serupa’.
Polis menganggarkan basikal itu bernilai sekitar 1 juta kroner (AS$145,000).
Polis Denmark berkata, penahanan itu hasil kerjasama rapat antara Jerman, Sweden dan Norway melalui agensi penguatkuasaan undang-undang Kesatuan Eropah, Europol. – AP