BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan mengadakan latihan tembak menggunakan senjata dengan peluru hidup pada 7, 8, 28 dan 29 Ogos dari jam 7 pagi hingga 5 petang dan 7:30 malam hingga 12 tengah malam di Kompleks Padang Tembak PDB, Jalan Aman, Kampung Sungai Akar, Jalan Muara.
Sehubungan itu, orang ramai yang tinggal berdekatan diingatkan supaya tidak menghampiri kawasan tersebut dan tidak merasa cemas, yang mana latihan akan menggunakan peluru hidup dan bunyi letupan pada tarik, waktu dan di kawasan yang telah dinyatakan.