Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Polis ditembak, terbunuh semasa pergelutan

NEW YORK, 30 SEPT – Seorang pegawai polis Bandar Raya New York bergelut dengan seorang lelaki bersenjata, meninggal dunia awal kelmarin di Bronx selepas ditembak tiga kali, kemungkinan menggunakan senjatanya sendiri.

Suspek berusia 27 tahun itu juga meninggal dunia selepas lima pegawai menembaknya, kata pegawai polis tanpa mengumumkan identitinya. NYPD mengenal pasti pegawai terbunuh itu sebagai Brian Mulkeen berusia 33 tahun.

“Kami kehilangan seorang wira malam ini,” kata Datuk Bandar Bill de Blasio semasa sidang berita di luar Pusat Perubatan Jacobi di Bronx.

Mulkeen sedang meronda jalan-jalan raya sekitar kompleks apartmen bandar jam 12:30 pagi sebagai sebahagian daripada siasatan unit terhadap aktiviti geng, kata Ketua Jabatan, Terence Monahan. Mulkeen bersama rakannya cuba untuk menangkap seorang lelaki yang lari semasa disoal siasat, dan berlaku pergelutan selepas itu, kata Monahan. Ketika lelaki itu bergelut, kamera badan Mulkeen merakamkan percakapannya, “Dia mencapainya. Dia mencapainya!”

“Senjata Pegawai Mulkeen ditembak lima kali,” kata Monahan. “Pada ketika ini, ia tidak jelas siapa yang menembak senjata Pegawai Mulkeen.” Revolver A. 32-caliber yang polis kata kepunyaan lelaki itu telah ditemui. Ia tidak digunakan, kata Monahan.

Monahan berkata suspek dikenakan tempoh percubaan sehingga 2022 atas tangkapan berkaitan narkotik tahun lalu dan pernah ditangkap beberapa kali, termasuk kesalahan mencuri di Wilayah Rockland. – AP

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda