Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Dubai tahan pencuri berlian bernilai AS$25 juta

    DUBAI, 18 OGOS – Polis Dubai berkata hari ini mereka menangkap tiga pencuri hanya beberapa jam selepas mereka mencuri berlian merah jambu bernilai AS$25 juta.

    “Komando Am Polis Dubai telah menggagalkan tindakan pencuri berlian bernilai $25 juta,” kata polis dalam satu kenyataan yang dikongsi oleh agensi berita rasmi Emiriah Arab Bersatu (UAE), WAM.

    Seorang peniaga berlian yang membawa permata itu dari Eropah telah di arah pergi ke sebuah vila oleh sekumpulan penjenayah dengan kehadiran seorang pembeli yang berpura-pura menjadi pelanggan kaya, kata polis.

    Tetapi berlian itu dicuri apabila pembeli berkenaan melakukan pemeriksaan palsu, tambah kenyataan itu.

    Dalam tempoh lapan jam tiga orang dari negara Asia telah ditangkap hasil usaha pasukan khusus dan lapangan, termasuk dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan terkini,” kata polis.

    Rakaman video yang dikongsi oleh Pejabat Media Dubai menunjukkan tiga lelaki itu dengan muka kabur selepas ditangkap serta rakaman kamera litar tertutup berkaitan kegiatan kumpulan itu.

    Dubai ialah hab penting untuk perdagangan berlian. Dikawal dan diawasi dengan ketat oleh polis, UAE berbangga dengan keselamatan dan kestabilannya. – AFP

    Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda