Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis fail dakwaan pengganasan ke atas Imran Khan

    ISLAMABAD, 19 MAC – Polis di ibu negara Pakistan memfailkan tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri Imran Khan, 17 pembantunya dan berpuluh-puluh penyokongnya, hari ini, atas tuduhan melakukan keganasan dan beberapa kesalahan lain selepas pengikut perdana menteri yang digulingkan itu bertikai dengan pasukan keselamatan di Islamabad sebelum ini.

    Selama berjam-jam kelmarin, pengikut Khan bertempur dengan polis di luar mahkamah di mana bekas perdana menteri itu dijangka hadir dalam kes rasuah.

    Polis rusuhan menggunakan belantan dan melepaskan gas pemedih mata manakala penyokong Khan melemparkan bom api dan membaling batu ke arah pegawai.

    Lebih 50 pegawai cedera manakala pusat pemeriksaan polis, beberapa kereta dan motosikal dibakar. Polis berkata 59 daripada penyokong Khan telah ditangkap semasa keganasan.

    Khan sebenarnya tidak hadir di mahkamah untuk berdepan pertuduhan yang dia telah menjual hadiah negara yang diterima semasa memegang jawatan dan menyembunyikan aset. – AP

    Penyokong Imran Khan di Islamabad pada 18 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda