MANILA, 26 JUN – Polis Filipina menyerbu tempat persembunyian sebuah kumpulan militan dikaitkan dengan Islamic State (IS) di metropolitan Manila awal hari ini dan membunuh empat daripadanya dalam pertempuran bersenjata, menurut pegawai keselamatan. Ketua Polis Metropolitan Manila, Debold Sinas mengatakan polis dan ejen perisikan melancarkan waran geledah selepas tengah malam ke atas sebuah rumah di