Friday, March 14, 2025
29.3 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Polis Filipina siasat kematian pelancong asing

MANILA, 13 MAC – Polis Filipina hari ini berkata mereka sedang menyiasat kematian seorang pelancong asing wanita di Boracay, sebuah pusat peranginan terkenal di dunia di tengah Filipina, lapor Xinhua.

Leftenan Kolonel Mar Joseph Ravelo, ketua polis daerah Malay, berkata seorang penduduk kampung tempatan menemukan mayat mangsa kelmarin di sebuah gereja kecil terbiar di pusat peranginan pulau itu, antara destinasi pelancongan utama di negara berkenaan.

Lokasi di mana dia ditemukan adalah kira-kira satu kilometer dari penginapan hotelnya.

Poster pelancong yang hilang itu menunjukkan bahawa dia kali terakhir dilihat oleh rakan-rakannya Isnin lalu.

Mangsa dilaporkan tiba di pulau itu pada 1 Mac untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya.

“Polis masih belum mengenal pasti individu yang berkepentingan,” tambahnya. – Bernama

Gambar Envato
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda