Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Greece rampas lebih 270kg kokain

    THESSALONIKI, 11 OGOS – Polis Greece berkata kelmarin mereka merampas lebih 270 kilogram (kg) kokain dengan anggaran nilai lebih 5.5 juta euro (AS$6.5 juta) dan menahan tiga lelaki. Kokain itu disembunyikan di dalam kontena pisang yang diimport dari Ecuador, kata mereka.

    Polis telah dimaklumkan oleh Agensi Jenayah Kebangsaan United Kingdom bahawa kokain itu akan dibawa oleh sebuah kapal menuju ke pelabuhan Greek utara Thessaloniki.

    Anggota polis menemui kokain itu dan mengeluarkan kebanyakan dadah yang tersembunyi dalam bungkusan bersaiz bata dari kontena sebelum dimuatkan ke dalam trak. Mereka turut mengeluarkan video pendek berkaitan operasi penggeledahan itu.

    Trak itu menuju ke pinggir bandar Athens di Aspropyrgos, lebih 500 kilometer ke selatan, di mana polis menahan tiga lelaki ketika mereka membuka kontena pada Sabtu lalu.

    Keseluruhan kokain yang dirampas berjumlah 271.15kg, kata polis.

    Lelaki yang ditahan termasuk dua warga Greek, pemilik syarikat pengangkutan berusia 40 tahun, warga Bulgaria berusia 32 tahun dan 47 tahun, kata polis, sambil menambah warga Bulgaria itu berhubung dengan kumpulan dadah dan mengatur pengambilan serta pengangkutan kontena itu.

    Lelaki berusia 32 tahun itu bertanggungjawab mengedar dadah tersebut melalui ahli kumpulan yang tidak dinamakan.

    Polis sedang mencari lebih ramai orang yang menurt mereka tergolong dalam kumpulan pengedar dadah. Tiga lelaki yang ditahan itu akan dihadapkan di hadapan pendakwa raya hari ini. – AP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda