Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Guatemala rampas penjara yang dijadikan pusat panggilan penjenayah

    BANDAR RAYA GUATEMALA, 3 JUN – Polis Guatemala kelmarin memindahkan lebih 200 anggota kumpulan penjenayah dari penjara di mana mereka mengendalikan pusat panggilan untuk tujuan jenayah, menternak ayam dan mempunyai tasik dipenuhi buaya.

    Kira-kira 400 polis terbabit dalam operasi pemindahan 225 anggota kumpulan Barrio 18 dari penjara yang digelar ‘El Infiernito’ atau Little Hell, di mana mereka mempunyai akses kepada kemewahan seperti set televisyen dan peti sejuk, malah menternak ayam, kata pegawai.

    “Penjara itu sekali lagi milik negara,” kata Menteri Dalam Negeri, Francisco Jimenez di X.

    Dia berikrar bahawa kemudahan itu akan dibina semula sebagai penjara dikawal ketat. “Ini adalah penjara, bukan tempat bercuti,” katanya.

    Imej kemudahan yang dikeluarkan pegawai menunjukkan banduan mempunyai kemudahan penyaman udara di penjara di Escuintla yang terletak kira-kira 70 kilometer ke selatan ibu negara.

    Dalam usaha mencari sebelum ini, polis merobohkan pusat panggilan sementara tempat kendalian geng itu untuk melakukan pemerasan dan mengarahkan jenayah dilakukan.

    Menteri terbabit menyalahkan kerajaan terdahulu kerana menyerahkan kawalan penjara kepada penjenayah. – AFP

    Pengawal penjara bekerja membongkar penjara ‘El Infiernito’ di Guatemala pada 2 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda