Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis HK berkas aktivis terkemuka

    HONG KONG, 30 OGOS – Beberapa orang aktivis demokrasi Hong Kong yang terkemuka termasuk seorang penggubal undang-undang telah diberkas hari ini dalam satu tindakan keras ke atas bantahan, satu tindakan yang dianggap kumpulan hak asasi sebagai taktik untuk melemahkan penentang. Antara yang diberkas ialah dua pemimpin kumpulan politik Joshua Wong dan Chan Ho-tin, lapor agensi berita Xinhua.

    Wong ditahan kira-kira pukul 7:30 pada Jumaat di stesen MTR Horizons Selatan dan berdepan tiga tuduhan, menurut akaun media sosial kumpulan Demosisto.

    Sementara itu, Chan dalam akaun media sosialnya menulis, beliau ditahan pada Khamis malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

    Beliau adalah pemimpin Parti Kebangsaan Hong Kong, sebuah kumpulan politik yang diharamkan oleh Hong Kong.

    Polis Hong Kong mengesahkan perkara itu.

    Tangkapan itu hadir selepas satu perkumpulan besar yang dijadualkan Sabtu ini diharamkan oleh polis dan kemudian dibatalkan oleh para penganjur.

    Menurut polis, Chan, 29, ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan dan serangan terhadap pegawai polis semasa demonstrasi di Sheung Shui pada 13 Julai.

    Hong Kong telah mengalami krisis politik dalam tempoh bulan kebelakangan ini, dengan meningkatnya pertempuran ganas antara polis dan pembantah sehingga mencetuskan kempen ugutan dari China.

    Ketua diplomatik Kesatuan Eropah, Federica Mogherini, berkata perkembangan di Hong Kong ‘sangat membimbangkan’. – Bernama/AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda