HONG KONG, 17 NOV – Seorang pegawai polis diserang menggunakan panah oleh para pembantah Hong Kong hari ini, ketika pertempuran ganas semakin meluap sekitar kampus yang bertukar menjadi pangkalan gerakan pro-demokrasi yang membantah tidak berkesudahan sehingga mencetuskan bandar itu terjerumus dalam pergolakan.
Para pembantah telah menggegarkan hab kewangan global itu sejak Jun dengan kebanyakan penduduk yang mempunyai 7.5 juta orang meluahkan keberangan atas kebebasan terhakis di bawah pemerintahan China.
Presiden China, Xi Jinping minggu ini mengeluarkan komen paling lantang terhadap krisis itu, mengatakan ia mengancam model ‘satu negara, dua sistem’ di bawah Hong Kong yang telah diperintah sejak penyerahan 1997 dari Britain.
Hari ini puluhan aktivis berkurung di Universiti Politeknik Hong Kong berikrar untuk mempertahankannya dari polis dan mengekalkan sekatan dekat Cross Harbour Tunnel, yang telah ditutup beberapa hari. – AFP