Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Hong Kong tahan 4 remaja cuba gugat China

    HONG KONG, 10 JULAI – Polis keselamatan wilayah Hong Kong berkata hari ini mereka menahan empat orang, termasuk seorang remaja berusia 15 tahun, yang dituduh sebahagian daripada kumpulan yang cuba untuk menumbangkan negara China.

    Beijing mengenakan undang-undang keselamatan negara ke atas Hong Kong pada 2020, selepas protes demokrasi yang kadangkala ekstrem pada tahun sebelumnya.

    Undang-undang baharu itu akan menjatuhkan hukuman bagi empat kategori kesalahan iaitu pemisahan diri, subversif, keganasan dan pakatan sulit asing, menjadikan kesalahan itu boleh dihukum sehingga penjara seumur hidup.

    Ketua Superintendan Steve Li berkata, empat lelaki berusia antara 15 dan 47 tahun ditahan kelmarin kerana bersubahat untuk menumbangkan kuasa negara China.

    Mereka memainkan pelbagai peranan dalam kumpulan yang ditubuhkan di Taiwan pada November yang kemudiannya menggesa penggulingan Parti Komunis China, kata Li.

    “Mereka berkata akan mendapatkan sokongan antarabangsa dan menyediakan latihan ketenteraan kepada warga Hong Kong di luar negara,” kata Li kepada pemberita.

    Laman Facebook yang sepadan dengan nama Cina bagi kumpulan yang dikenal pasti oleh polis mempunyai kurang daripada 70 pengikut.

    Polis juga mempamerkan bendera yang dirampas semasa operasi kelmarin, termasuk satu daripada Tibet dan satu mengandungi slogan yang dilarang oleh pihak berkuasa Hong Kong dan empat orang itu kekal dalam tahanan hari ini. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda