Monday, January 20, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis humban Rami Malek dalam but kerana disangka pencuri

    Pelakon Rami Malek berkongsi detik cemas apabila dia secara tiba-tiba ditahan pihak berkuasa atas dakwaan mencuri.

    Menurut Rami, 44, kejadian itu berlaku ketika dia remaja dan tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri.

    “Saya dihumban ke dalam but kereta polis kerana disangka merompak sebuah kedai minuman keras dan mencuri beg tangan seorang wanita.

    “Pihak polis beritahu pencuri itu kelihatan seperti seorang lelaki Latin dan saya ada ciri-ciri berkenaan.

    “Saya masih ingat lagi betapa panas keadaan dalam but kereta sehingga tangan saya hampir melecur,” katanya.

    Bagi Rami peristiwa tersebut turut menggambarkan kekecewaan terhadap layanan warga Amerika Syarikat yang menganggap dirinya sebagai seorang imigran.

    Malah pelakon filem Bohemian Rhapsody ini juga memberitahu dia pernah melalui waktu sukar menjalani kehidupan di negara berkenaan sekitar tahun 1990-an.

    “Zaman sekolah juga tidak berapa baik. Ibu saya perlu menulis surat untuk menceritakan situasi sebenar keluarga kami,” jelasnya.

    Untuk rekod Rami dilahirkan di California, Amerika Syarikat namun kedua ibu bapanya merupakan warga negara Mesir. – Agensi

    Rami melalui waktu sukar ketika zaman remaja. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda