Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis India lepas gas pemedih mata, meriam air leraikan tunjuk perasaan

    KOLKATA, INDIA, 27 OGOS – Polis di India melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan ribuan penunjuk perasaan yang menuntut peletakan jawatan seorang pegawai tertinggi di timur negara itu, menuduhnya salah mengendalikan siasatan kes rogol dan pembunuhan seorang doktor pelatih awal bulan ini.

    Pembunuhan pada 9 Ogos ke atas pakar perubatan berusia 31 tahun itu semasa bertugas di Kolej Perubatan dan Hospital R.G. Kar di bandar itu mencetuskan bantahan di seluruh India, memfokuskan kepada isu kronik keganasan terhadap wanita di negara itu. Kolkata ialah ibu negeri di negeri Bengal Barat.

    Penunjuk perasaan berkata serangan itu menonjolkan kelemahan pekerja penjagaan kesihatan di hospital di seluruh India.

    Penunjuk perasaan daripada parti nasionalis Hindu Bharatiya Janata pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi cuba memecahkan kepungan polis dan berarak ke pejabat Mamta Banerjee yang partinya, Kongres Trinamool memerintah negeri Bengal Barat, dan menuntutnya meletak jawatan.

    Parti Modi adalah parti pembangkang utama di Bengal Barat. Polis telah melarang perhimpunan itu dan mengadakan sekatan jalan. Pegawai-pegawai polis bersenjatakan belantan menolak penunjuk perasaan dan melepaskan gas pemedih mata dan meriam air.

    Empat aktivis pelajar telah ditangkap sebelum perhimpunan itu, kata polis, menuduh mereka cuba menganjur keganasan berskala besar. – AP

    Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang yang membantah kes rogol dan pembunuhan seorang doktor pelatih di hospital kerajaan awal bulan ini, di Kolkata, India, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda