Saturday, July 26, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis India tahan individu kendali kedutaan palsu

    NEW DELHI, 24 JULAI – Polis India telah menahan seorang lelaki yang disyaki menjalankan kedutaan palsu dari sebuah bangunan kediaman yang disewa berhampiran ibu negara, New Delhi dan menemui kereta dengan plat diplomatik palsu.

    Suspek menyamar sebagai duta dan dituduh menipu orang ramai untuk mendapatkan wang dengan menjanjikan pekerjaan di luar negara, kata pegawai kanan polis, Sushil Ghule, dari pasukan petugas khas negeri Uttar Pradesh di utara India.

    Menurut polis, Harshvardhan Jain, 47, mengaku bertindak sebagai penasihat atau duta kepada entiti seperti ‘Seborga’ atau ‘Westarctica.’

    Polis menemui beberapa keping gambar yang menunjukkan Jain bersama pemimpin dunia, cap palsu Kementerian Luar India di beberapa puluh negara, kata Ghule.

    Jain juga disyaki melakukan pengubahan wang haram melalui syarikat Shell di luar negara, katanya. Dia juga berdepan pertuduhan pemalsuan, penyamaran dan memiliki dokumen palsu.

    Polis menemui empat buah kereta yang mengandungi plat diplomatik palsu dan hampir 4.5 juta rupee India (AS$52,095) serta mata wang asing lain secara tunai dari premis disewa Jain, yang dihiasi dengan bendera antarabangsa beberapa buah negara.

    Jain atau peguamnya tidak dapat dihubungi segera untuk mendapatkan komen. – AP

    Beberapa kereta mewah yang mempunyai nombor plat diplomatik palsu diletakkan di luar bangunan kediaman yang disewa di Ghaziabad, pinggir New Delhi, India pada 21 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda