Friday, September 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Indonesia-Malaysia perkukuh keselamatan maritim

    JAKARTA, 19 JULAI – Mesyuarat Kumpulan Penyelarasan Rondaan Sempadan Maritim (MBPCG) Ketujuh antara Polis Nasional Indonesia (Polri) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertujuan untuk meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam aktiviti rondaan sempadan maritim, berakhir di Bali, hari ini.

    Mesyuarat selama lima hari itu, bermula pada 15 Julai dihadiri oleh 10 pegawai kanan PDRM dan wakil mereka di Jakarta, Medan, Tarakan dan Pontianak.

    Ia dirasmikan oleh Ketua Bahagian Pemeliharaan Keamanan (Baharkam) Polri, Pesuruhjaya Fadil Imran, pada Selasa.

    Fadil, dalam satu kenyataan berkata MBPCG bertujuan untuk memperkukuh hubungan persahabatan, penyelarasan, dan komunikasi antara ‘Korps Kepolisian Air dan Udara Indonesia’ (Korpolairud) dan Pasukan Polis Marin Malaysia (PPM) serta Pasukan Gerakan Udara (PGU) Malaysia.

    “Perbincangan ini amat penting, terutamanya dalam menangani ancaman jenayah yang semakin kompleks. Oleh itu, penyelarasan berterusan dan perkongsian maklumat dalam tugasan sempadan adalah penting,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda