Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Indonesia patahkan sindiket wang palsu

    JAKARTA, 2 OGOS – Polis di wilayah Jawa Tengah, Indonesia, baru-baru ini telah mematahkan sindiket pemalsuan wang yang dipercayai telah mengedarkan 3 bilion rupiah Indonesia (kira-kira AS$200,000).

    Polis wilayah telah menahan dua pasangan suami isteri dalam dua operasi berasingan. Pasangan pertama dikenal pasti dengan parap AD dan NF diberkas di daerah Magelang wilayah tersebut pada 12 Julai, sementara itu pasangan kedua dengan parap AP dan IS diberkas di bandar Kediri di wilayah jiran, Jawa Timur pada 25 Julai.

    “Mereka berupaya mencetak wang kertas palsu berjumlah 19 juta rupiah semalaman,” Ketua Polis Jawa Tengah, Ahmad Luthfim memberitahu media setempat hari ini.

    Beliau menambah bahawa polis telah merampas wang kertas palsu berjumlah 90 juta rupiah. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda