Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Indonesia tahan 44 orang berhubung kebakaran hutan

    JAKARTA, 23 JULAI – Pihak berkuasa Indonesia menahan 44 orang yang disyaki memulakan sebahagian daripada kebakaran hutan dan tanah gambut menyebabkan jerebu yang menjejaskan kesihatan di wilayah itu, kata pegawai hari ini.

    Kebakaran hutan dan gambut merupakan masalah tahunan di Indonesia yang merenggangkan hubungan dengan negara jiran. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, asap daripada kebakaran telah menyelubungi bahagian Indonesia, Singapura, Malaysia dan selatan Thailand.

    Kebakaran selalunya berlaku secara haram oleh pemilik ladang atau petani tradisional untuk membersihkan tanah tanaman, kata Suharyanto, yang mengetuai Badan Mitigasi Bencana Negara (BNPB), dalam satu kenyataan hari ini.

    “Kebakaran hutan bukan sahaja disebabkan oleh kemarau, tetapi juga oleh manusia,” kata Suharyanto. “Semoga penahanan ini akan menjadi penghalang kepada orang ramai untuk menghentikan pembakaran bagi pembersihan tanah,” tambahnya. – AP

    Gambar menunjukkan kebakaran yang melanda padang tanah gambut di Ogan Ilir, Sumatera Selatan, Indonesia pada 20 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda