Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Polis Israel tahan 9 penduduk Palestin

    BAITULMAQDIS, 13 OKT – Polis Israel berkata kelmarin bahawa mereka telah menangkap sembilan penduduk Palestin semasa pertempuran semalam di timur Baitulmaqdis, dengan ketegangan me-ningkat di bandar dan di seluruh Tebing Barat yang diduduki

    Rakyat Palestin melancarkan mogok umum yang jarang berlaku kelmarin di timur Baitulmaqdis yang dikuasai Israel, termasuk menutup kedai, sebagai tindak balas kepada operasi selama beberapa hari oleh pasukan keselamatan Israel di kem pelarian Shuafat Palestin.

    Israel sedang menggeledah kem untuk mencari suspek pembunuh askar Israel Noa Lazar berusia 18 tahun.

    Dengan pemburuan dan pertempuran berterusan, polis Israel berkata mereka telah menahan warga Palestin yang “melempar batu dan bom molotov serta menyerang pegawai.”

    Munib al-Qutob, seorang pekerja kecemasan, memberitahu AFP bahawa terdapat “banyak kecederaan akibat peluru getah dan penyedutan gas pemedih mata.”

    Polis Israel menangkap seorang penduduk Palestin semasa pertempuran di kem pelarian Shuafat di Baitulmaqdis pada 12 Oktober. – AP

    Seorang warga Palestin bertopeng di Shuafat, yang meminta namanya dirahsiakan, memberitahu AFP bahawa tentera Israel “penuh kemarahan kerana mereka tidak dapat menangkapnya,” merujuk kepada suspek Palestin berusia 22 tahun.

    Polis berkata, kawasan kejiranan Issawiya dan Silwan di timur Baitulmaqdis turut menyaksikan pertempuran semalaman, dengan dua pegawai cedera ringan.

    Israel merampas Baitulmaqdis timur berikutan Perang Enam Hari 1967, satu langkah yang tidak diiktiraf oleh kebanyakan masyarakat antarabangsa.

    Pertempuran antara pasukan keselamatan dan rakyat Palestin di kawasan tersebut adalah perkara biasa.

    Tetapi dengan keganasan yang semakin meningkat, Perdana Menteri Israel Yair Lapid dijadualkan mengadakan penilaian Baitulmaqdis timur lewat kelmarin dengan ketua keselamatan tertinggi, kata pejabatnya.

    Berpuluh-puluh rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel, termasuk pejuang dan orang awam, dalam peningkatan yang bermula pada Mac. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...