Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Israel: Tegahan masuk ke Masjid Al-Aqsa

    BAITULMUQADDIS, 21 Julai – Polis Israel berkata mereka menegah lelaki-lelaki berusia di bawah 50 tahun dari memasuki Bandar Lama, Baitulmuqaddis bagi solat Jumaat ketika ketegangan meningkat berhubung langkah keselamatan baru di tempat suci yang paling sensitif itu.

    Langkah luar biasa itu dibuat selepas menteri-menteri Israel memutuskan untuk tidak mengarahkan pengalihan pengesan logam yang dipasang di lalulan masuk ke halaman Majis Haram al-Sharif, yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai Temple Mount, ekoran serangan berhampiran seminggu lalu yang mengorbankan dua orang anggota polis.

    “Kemasukan ke Bandar Lama dan Temple Mount akan dihadkan kepada lelaki berusia 50 tahun ke atas. Wanita-wanita dari semua usia akan dibenarkan,” menurut kenyataan polis.

    Ketegangan meningkat selepas polis memasang pengesan logam dalam langkah yang dianggap oleh orang Palestin dan orang Islam lain sebagai Israel menegaskan kawalan seterusnya ke atas tapak itu.

    Kontroversi tersebar di luar wilayah Israel dan Palestin, dengan utusan AS dan Timur Tengah PBB melahirkan kebimbangan.

    Tentera Israel menegah warga Palestin semasa pertempuran berikutan tegahan lelaki-lelaki berusia di bawah 50 tahun dari memasuki Bandar Lama, Baitulmuqaddis bagi solat Jumaat ketika ketegangan meningkat berhubung langkah keselamatan baru di tempat suci yang paling sensitif itu pada 21 Julai 2017. – AFP
    Tentera Israel menegah warga Palestin semasa pertempuran berikutan tegahan lelaki-lelaki berusia di bawah 50 tahun dari memasuki Bandar Lama, Baitulmuqaddis bagi solat Jumaat ketika ketegangan meningkat berhubung langkah keselamatan baru di tempat suci yang paling sensitif itu pada 21 Julai 2017. – AFP

    Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menggesa Israel mengalihkan pengesan logam. Dia bercakap melalui telefon dengan presiden Palestin Mahmud Abbas dan presiden Israel Reuven Rivlin semalam.

    Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menekankan bahawa pengesan logam itu dihasratkan untuk memastikan keselamatan mereka yang bersembahyang di dalam dan juga para pelawat dan tidak cuba untuk menjejaskan status quo rapuh yang mana Jordan adalah penjaga tapak itu dan sembahyang Yahudi di tegah.

    Orang Palestin enggan memasuki halaman itu dalam membantah pengesan logam itu dan beratus-ratus orang telah bersembahyang di luar, dengan pertempuran sekali sekala berlaku dengan polis Israel. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda