Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Polis Itali bantah pelitup muka merah jambu

    ROM, 14 JAN – Kesatuan polis Itali telah membantah pegawai diberikan pelitup muka COVID-19 berwarna merah jambu, memberi amaran ia tidak sesuai dengan pakaian seragam mereka dan ‘berisiko merosakkan imej institusi’.

    Dalam surat kepada ketua polis negara, yang diterbitkan dalam talian kelmarin, ketua kesatuan SAP menggesa tindakan terhadap apa yang disebutnya sebagai pilihan warna pelitup muka FFP2 yang ‘membingungkan’.

    Stefano Paoloni mengatakan pengurus polis mesti “memelihara kesopanan pegawai mereka, memastikan mereka tidak diarah menjalankan aktiviti institusi dengan alat pelitup muka dalam warna yang eksentrik kepada pakaian seragam dan berisiko merosakkan imej institusi”.

    Beliau mencadangkan warna lain seperti putih, biru atau hitam yang lebih sesuai untuk digunakan dengan pakaian seragam yang sebahagian besarnya berwarna biru.

    Dalam nota disertakan yang dipetik oleh media Itali, kesatuan itu berkata ia tidak mempunyai isu khusus dengan merah jambu, tetapi berkata pakaian seragam pegawai dikawal selia.

    Dalam laman sosial Twitter, timbalan menteri infrastruktur, Teresa Bellanova berkata “tidak ada yang tidak bermaruah tentang memakai pelitup muka berwarna”.

    “Penghormatan terhadap pakaian seragam bukan datang dari warna, tetapi dari sikap dan cara bekerja lelaki dan wanita yang memakainya.” – AFP

    Anggota polis dari pasukan polis Polizia di Stato, memakai pelitup muka berwarna, meronda di pusat bandar Rom. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...