Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Jakarta tahan 9 suspek dera pembantu rumah

    JAKARTA, 16 DIS – Polis Jakarta kelmarin menahan sembilan suspek yang didakwa mendera seorang pembantu rumah di sebuah unit pangsapuri di Simprug, Kebayoran Baru.

    Dalam satu kenyataan, Pengarah Siasatan Jenayah Am Metro Jaya Hengki Haryadi berkata suspek yang ditahan termasuk sepasang suami isteri warga tempatan dan enam pembantu rumah lain.

    Polis menahan semua suspek di bawah Kanun Jenayah dan Undang-undang Keganasan Rumah Tangga yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, selepas mangsa membuat aduan. 

    Mangsa, Siti Khotimah, 23, dari Pemalang, Jawa Tengah, dikatakan telah didera sejak 18 September hingga 7 Disember selepas didakwa mencuri pakaian majikannya.

    Ketua Unit Belia, Kanak-Kanak dan Wanita Metro Jaya Ratna Quratul Aini berkata mangsa dipukul dan disimbah air panas mengakibatkan kecederaan parah di badan dan kepala.  

    “Mangsa digari dan dipaksa tidur dalam kandang anjing,” kata Ratna. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda