Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Jakarta tumpas sindiket dadah antarabangsa, rampas syabu RM121j

    JAKARTA, 24 FEB – Polis Jakarta Barat menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Malaysia selepas penahanan enam lelaki tempatan.

    Ketuanya, Pasma Royce dalam satu kenyataan berkata, pihak polis berjaya merampas 227 kilogram (kg) syabu bernilai kira-kira RM121 juta dalam empat serbuan berasingan di Tangerang, Riau, Medan dan Aceh.

    Kesemua suspek disiasat di bawah Akta dadah berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

    Pasma berkata penahanan itu dilakukan selepas bukti ditemui dan rangkaian penghantaran terbongkar di kawasan Cengkareng, Jakarta Barat.

    Dadah yang dirampas dipercayai dibawa masuk dari Malaysia menggunakan jalan laut.

    Sementara itu, di Malaysia, polis Perlis kelmarin menggagalkan cubaan sindiket dadah menyeludup 1.8 tan syabu menggunakan lori tunda bagi menunda sebuah lagi lori
    yang membawa bahan terlarang itu. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda