TOKYO, 31 JAN – Polis Jepun menahan seorang lelaki warga Kanada yang disyaki menyeludup ratusan kilogram methamphetamine ke negara itu dengan menyembunyikannya dalam jentera industri yang dihantar dalam kontena dari Amerika Syarikat (AS).
Suspek, Vincent Yat Sum Yeung, 38, seorang eksekutif syarikat yang menetap di Yokohama, ditahan pada Rabu, menurut polis metropolitan Tokyo.
Pihak berkuasa menemui 320 kilogram (kg) methamphetamine yang dibungkus dalam 321 beg mengandungi satu kilogram setiap satu di dalam sebuah mesin pengilang besar yang dihantar dari Los Angeles pada Disember 2023. Dadah tersebut disimpan sementara di sebuah gudang di bandar Kuki, utara Tokyo.
Menurut laporan NHK, rampasan itu dianggarkan bernilai 21.2 bilion yen (AS$137 juta) di pasaran gelap. Polis percaya Yeung mempunyai rakan sejenayah yang masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – AP