Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Jerman selamatkan wanita 19 tahun daripada bangsal dalam kes penculikan

    LEIPZIG, JERMAN, 10 JULAI – Pihak berkuasa Jerman menahan dua individu yang disyaki menculik seorang wanita berusia 19 tahun, selepas polis menyelamatkannya daripada sebuah bangsal, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Wanita itu dilaporkan hilang di Vogelsberg, di negeri timur Thuringia, pada Ahad.

    Polis segera melancarkan operasi mencari kerana mangsa dilaporkan bergantung kepada ubat-ubatan.

    Menurut penyiar MDR, dia hanya ditemukan pada Selasa selepas polis terdengar jeritan meminta tolong dari dalam sebuah bangsal semasa mereka menjalankan pencarian di sebuah hartanah di Vogelsberg.

    Wanita itu dilaporkan terperangkap dalam sebuah kotak.

    Polis mengesahkan seorang lelaki berusia 53 tahun dan seorang wanita berusia 56 tahun direman lewat malam kelmarin.

    Pendakwa raya di ibu negeri Erfurt sedang menyiasat suspek atas kesalahan menculik dan menahan tebusan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda