Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Jerman serbu laman jenayah terbesar di internet

    FRANKFURT, 1 MAC – Polis Jerman berkata hari ini mereka telah membuat tangkapan dan menggeledah puluhan hartanah dalam serbuan besar yang menyasarkan pasaran jenayah berbahasa Jerman terbesar di internet.

    Polis Duesseldorf berkata serangan itu berlaku di Jerman dan luar negara pada petang kelmarin, sambil menambah bahawa pasukan petugas khas telah bertahun-tahun mengumpul bukti terhadap platform dagangan dalam talian Crimemarket.

    Polis memberitahu AFP beberapa tangkapan telah dibuat dan carian menyeluruh dilakukan sebagai sebahagian daripada ‘tindakan bersepadu’, tetapi enggan memberikan butiran lanjut sebelum sidang media yang dirancang pada 1 petang (waktu tempatan).

    Laman web Crimemarket menawarkan dadah untuk dijual serta perkhidmatan jenayah dan ‘arahan terperinci untuk jenayah serius’, kata polis Duesseldorf.

    Mereka menyifatkan laman web itu sebagai ‘platform perdagangan jenayah berbahasa Jerman terbesar di internet’.

    Operasi polis menyasarkan bukan sahaja pengusaha tapak tersebut tetapi juga penjual dan pembeli, tambah kenyataan itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda