Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Jerman serbu pengubahan wang haram AS$162 juta

    BERLIN, 6 OKT – Polis Jerman melakukan serbuan besar-besaran di 25 bandar pada hari ini sehubungan dengan rangkaian yang disyaki melakukan pengubahan wang haram yang didakwa telah menyalurkan berjuta-juta keuntungan haram di luar negara.

    Polis Duesseldorf mengatakan serbuan tersebut bermula pada awal pagi, melibatkan lebih daripada 1,000 orang pegawai dan mengambil tempat di negeri-negeri Rhine-Westphalia Utara, Lower Saxony dan Bremen.

    Sebelas orang telah ditahan, termasuk orang Syria yang berusia 39 tahun yang dituduh menjadi salah satu anggota kumpulan pelampau Nusra Front Syria, kata polis.

    Serbuan tersebut merupakan sebahagian daripada penyiasatan ke atas rangkaian hawala yang banyak digunakan di negara-negara Muslim, di mana individu bertindak sebagai broker untuk pemindahan wang.

    Polis Duesseldorf berkata pengubahan wang haram tersebut berasal dari pelbagai sumber, termasuk kegiatan jenayah seperti rompakan bersenjata dan pemerasan semenjak tahun 2016.

    “Menurut perkiraan awal, jumlah transaksi dalam tempoh penyiasatan adalah sekitar AS$162 juta,” menurut polis dalam kenyataannya.

    Penyiar awam Jerman WDR melaporkan pengubahan wang tersebut termasuk dana dari perdagangan dadah dan sebahagian kecil darinya telah dihantar ke Turki dan Syria, di mana ia telah digunakan untuk membiayai kumpulan militan.

    Police berkata suspek juga dituduh mendapatkan keuntungan secara haram.

    Pegawai tersebut merampas barang berharga seperi kereta mewah, emas, barang kemas dan jam tangan mewah yang bernilai lebih dari AS$2.3 juta. – AP

    Polis Jerman menjalankan serbuan besar-besaran dalam 25 bandar sehubungan dengan rangkaian pengubahan wang haram pada 6 Oktober, 2021. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda