Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis jumpa ubat anti epilepsi dalam bilik hotel Liam

    Punca kematian penyanyi Liam Payne yang terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina masih menjadi tanda tanya ramai.

    Meskipun makluman awal mengesahkan ia berkaitan dengan dadah dan minuman alkohol, namun yang menjadi persoalan adalah situasi sebenar membawa kepada insiden tersebut.

    Hasil siasatan dilakukan di bilik tempat Liam menginap mendapati ia berada dalam keadaan berselerak selain berlaku kerosakan pada fasiliti hotel seperti televisyen.

    Memetik laporan mStar, malah pihak berkuasa tempatan turut menemui ubat jenis clonazepam yang digunakan untuk mengawal epilepsi serta serangan panik.

    Menerusi laporan media, turut dirakam beberapa keping gambar lilin yang telah dibakar selain kertas aluminium dipercayai digunakan untuk menghisap dadah.

    Liam yang merupakan bekas anggota kumpulan One Direction disahkan meninggal dunia pada Rabu.

    Terdahulu turut tular panggilan kecemasan yang dibuat oleh seorang pekerja Hotel Casa Sur yang melaporkan seorang lelaki berada dalam keadaan tidak terkawal.

    Panggilan tersebut meminta bantuan kecemasan kerana lelaki yang merupakan tetamu hotel berkenaan boleh mencederakan diri. – Agensi

    Punca yang membawa kepada kematian Liam masih dalam siasatan. – latimes.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda