Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Kedah tumpaskan sindiket penipuan dalam talian

    ALOR SETAR, 5 JULAI – Polis Kedah berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan secara dalam talian hasil serbuan ke atas sebuah premis yang digunakan sebagai pusat panggilan di kawasan Perusahaan Mergong 2, Isnin lepas.

    Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata dalam serbuan oleh polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Kuala Muda dan Langkawi itu, seramai 54 individu termasuk seorang wanita, berumur 20 hingga 50 tahun ditahan.

    Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki tempatan, dua lelaki warga Bangladesh, 19 lelaki warga Taiwan, 29 lelaki warga China dan seorang wanita warga Taiwan.

    “Premis itu dipercayai telah disewa dan dijadikan sebagai pusat panggilan kegiatan penipuan berkenaan dan sindiket ini telah menjalankan operasi selama empat bulan,” katanya pada sidang media di IPK Kedah, hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda