Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Labuan tahan 10 kereta sapu

    LABUAN, 5 April – Polis Labuan kini menjalankan operasi membanteras kegiatan teksi haram atau kereta sapu selepas 10 kenderaan persendirian yang digunakan untuk aktiviti itu ditahan di pusat bandar di sini, semalam.

    Dilihat sebagai pengacau, rata-rata pemanduk enderaan tanpa permit ini akan meletakkan kenderaan mereka yang terdiri daripada kereta, van dan kenderaan jenis MPV, di tempat letak kereta awam tanpa apa-apa bayaran.

    Aktiviti mereka ini menyebabkan kekura-ngan tempat meletak kenderaan di kawasan bandar, terutama di hadapan pasar mini dan Labuan Supermarket, berhampiran Jalan Muhibbah.

    Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata berikutan banyak aduan daripada orang ramai, operasi membanteras kereta sapu, Op Kereta Sapu dilancarkan untuk menangani aktiviti haram itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda