Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis langgar pejalan kaki dijatuhkan hukuman penjara

    BANGKOK, 25 APRIL – Sebuah mahkamah Thailand hari ini menjatuhkan hukuman penjara terhadap seorang anggota polis yang melanggar dan membunuh seorang pejalan kaki di penyeberangan jalan di bandar Bangkok, satu kes yang menyebabkan kemarahan berhubung rekod keselamatan jalan raya negara itu.

    Sarjan Norawit Buadok melanggar Waralak Supawatjariyakul menggunakan motosikalnya pada kelajuan tinggi ketika wanita itu menyeberang jalan di hadapan hospital di tempatnya bekerja sebagai doktor mata pada Januari.

    Video mengenai kemalangan itu menjadi tular dalam media sosial di Thailand, mencetuskan kemarahan dan perdebatan tentang keselamatan pejalan kaki di sebuah negara yang mempunyai kadar kematian lalu lintas jalan raya paling tertinggi di dunia.

    Sebuah mahkamah jenayah Bangkok hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas Norawit kerana menyebabkan kematian dengan memandu laju dan tambahan sebulan kerana memandu cuai. Dia juga didenda AS$235 atas beberapa kesalahan kecil.

    Hukumannya dikurangkan separuh kerana mengaku bersalah, jadi dia akan menjalani hukuman penjara satu tahun 15 hari dan denda AS$120. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda