Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis lapangan terbang Tokyo temui 30 peluru dalam beg kru

    TOKYO, 19 Julai – Polis lapangan terbang Jepun telah menemui 30 butir peluru dalam beg bimbit anggota kru American Airlines dan berkata hari ini bahawa atendan penerbangan itu kelihatannya membawanya semasa melalui pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Amerika Syarikat (AS).

    Polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita Tokyo merampas peluru yang dimuatkan dalam dua magazin selepas menemuinya pada Sabtu lalu semasa pemeriksaan keselamatan sebelum lelaki itu menaiki semula penerbangan baliknya ke AS.

    Pegawai polis lapangan terbang, Masatoshi Ito berkata anggota kru itu yang hanya dikenali sebagai seorang lelaki rakyat AS berusia 50-an – memberitahu polis yang dia terlupa untuk meninggalkan peluru itu sebelum menaiki penerbangannya menuju ke Tokyo. Menyimpan peluru dalam bagasi bimbit semasa penerbangan adalah salah di bawah undang-undang AS.

    Polis kemudian membebaskan lelaki itu Sabtu lalu ketika dia tidak menunjukkan bahaya dengan memusnahkan bukti, kata Ito. Lelaki itu dan syarikat penerbangan berjanji untuk bekerjasama dalam siasatan masa depan. Polis masih lagi menyiasat bagaimana peluru itu tidak dapat dikesan apabila dia tiba di Narita dan lolos kastam.

    American Airlines berkata dalam satu kenyataan bahawa anggota kru itu menuju ke Dallas selepas dia dibebaskan, namun enggan untuk mendedahkan butiran penerbangannya keluar dari AS.

    Syarikat penerbangan juga enggan untuk memberi komen bagaimana anggota kru itu boleh lolos semasa pemeriksaan keselamatan AS. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda