SRINAGAR, India, 24 April – Polis melepaskan tembakan kepada sekumpulan pelajar yang me-lontar batu di Kashmir India hari ini, ketika keganasan di rantau Himalaya yang bertikai semakin bertambah hebat.
Beratus-ratus pelajar yang membantah menjerit ‘Kami mahu kebebasan’ dan ‘pergi balik India’, bertempur dengan pasukan kerajaan selepas mengadakan bantahan di jalan-jalan bandar utama Srinagar.
Seorang wartawan AFP menyaksikan polis menembakkan peluru hidup serta gas pemedih mata dan meriam air untuk cuba menyuraikan pembantah ketika pembeli-belah lari daripada insiden ganas itu dan memaksa para peruncit menutup kedai mereka.
Pertempuran meletus ketika kolej-kolej di bandar itu dibuka semula berikutan pertempuran kecil minggu lalu antara para pelajar dan pasukan kerajaan.
“Beberapa pelajar masih ditahan. Tiga foto jurnalis dan lapan anggota polis cedera akibat dilontar batu,” kata pegawai polis kepada AFP.
Hampir 100 pelajar dan kira-kira sama bilangannya dengan jumlah polis cedera dalam kekacauan minggu lalu, yang mencetuskan pihak berkuasa untuk menutup sementara sekolah-sekolah dan universiti. – AFP