Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis leraikan tunjuk perasaan pro-Palestin di universiti Switzerland

    GENEVA, 15 MEI – Polis Switzerland telah dikerahkan awal hari ini untuk meleraikan puluhan pelajar pro-Palestin yang mengadakan bantahan yang berkumpul di Universiti Bern, kata sekolah itu dalam satu kenyataan.

    Demonstrasi pelajar telah meningkat di seluruh Eropah Barat dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan penunjuk perasaan menuntut menghentikan pertumpahan darah di Gaza dan menggesa untuk memutuskan hubungan dengan Israel.

    Polis Switzerland bertindak berikutan permintaan pihak pengurusan Universiti Bern, yang menggambarkan perhimpunan pelajar sebagai ‘tidak boleh diterima’.

    Para pelajar itu membantah serangan Israel di Gaza yang dicetuskan oleh serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober yang mengorbankan lebih 1,170 orang, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi Israel.

    Serangan dan operasi Israel berikutnya di Gaza telah membunuh kira-kira 35,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan di wilayah ditadbir Hamas.

    Kumpulan terakhir penunjuk perasaan yang terdiri daripada kira-kira 30 orang pelajar meninggalkan universiti itu hari ini. Mereka melaungkan slogan pro-Palestin di luar bangunan sebelum meninggalkan kawasan itu, kata seorang wartawan dari agensi Keystone-ATS.

    Puluhan penunjuk perasaan telah menduduki premis universiti, termasuk restoran, sejak malam Ahad. Mereka menuntut boikot akademik terhadap institusi Israel dan mengabaikan perintah universiti untuk meninggalkan premis itu.

    Rektor universiti, Christian Leumann berkata dalam satu kenyataan yang diterbitkan hari ini bahawa dia terbuka untuk perbincangan tetapi pendudukan dengan tuntutan bermotifkan politik tidak mewujudkan persekitaran untuk dialog yang membina. – AFP

    Pelajar pro-Palestin membuat protes di luar selepas menduduki sebahagian bangunan SG Institut Teknologi Persekutuan Switzerland Lausanne (EPFL) di Lausanne, Switzerland pada 7 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda