LONDON, 31 Dis – Polis Britain berkata 39 orang telah ditahan hari ini kerana disyaki atas cubaan bunuh berikutan satu insiden tikaman di barat London.
Polis berkata penahanan besar-besaran luar biasa itu adalah perlu kerana suspek-suspek enggan untuk bekerjasama dengan polis berikutan kes penikaman itu.
Polis London berkata mereka telah dikerahkan ke satu alamat di kejiranan Hammersmith barat London sejurus sebelum jam 1 pagi hari ini dan menemui seorang lelaki berusia dalam pertengahan 30an mengalami kecederaan akibat ditikam.
Pasukan berkata ‘mangsa telah dikejar oleh beberapa suspek lelaki dan perempuan selepas berlakunya pertengkaran di sebuah kedai’.
Suspek kemudian memasuki kediaman berdekatan tempat sebuah parti berlangsung, kata polis. Mereka telah ditangkap selepas para pegawai yang dihantar ke kediaman tersebut gagal untuk mendapatkan jawapan daripada semua orang yang ada di parti tersebut tentang insiden tikam itu. – AP