RABAT, 23 APRIL – Polis Maghribi merampas 5.4 tan resin ganja yang disimpan di dalam sebuah trak menuju ke Sepanyol, dan 60 kilogram kokain yang dibungkus dalam tuna beku, kata pegawai keselamatan.
Pegawai keselamatan dan kastam merampas resin ganja di pelabuhan utara Tangier di dalam sebuah trak pengangkutan antarabangsa, kata Direktorat Am Keselamatan Negara (DGSN), kelmarin.
Blok resin dipadatkan menjadi plat dan dimasukkan ke dalam lubang yang dipasang khas, termasuk di dalam rangka trak. Pemandu Maghribi berusia 45 tahun telah ditahan.
Dalam operasi berasingan, juga di Tangier, hampir 60 kilogram kokain dirampas pada Khamis di dalam bekas yang disimpan dalam peti sejuk, kata polis.
Kokain itu dibungkus dalam tuna yang ditanda berasal dari Ecuador dan dihantar ke Sepanyol.
Maghribi merupakan pengeluar resin ganja terbesar di dunia menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dan polis berjaya merampas hampir 100 tan tahun lepas. – AFP










