Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis marin tahan lelaki, rampas organ penyu di Semporna

    SEMPORNA, 30 MAC – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki serta merampas pelbagai organ penyu yang sudah dipotong-potong di dalam ruangan sebuah perahu di Kampung Bangau-Bangau di sini, semalam.

    Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna DSP Mohamad Ismail berkata pihaknya ke lokasi kejadian pada 10 pagi dan menghampiri sebuah perahu yang berikat di tiang sebuah rumah sebelum menemukan suspek berumur 31 tahun dalam keadaan mencurigakan.

    “Kemudian, pemeriksaan ke dalam ruangan perahu menemukan 25 keping sisik marginal penyu (RM3,500), 13 keping plastron (kulit bahagian dada) penyu (RM13,000) dan pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk melapah penyu antaranya pisau, kapak serta tukul,” katanya hari ini.

    Mohamad berkata suspek dan rampasan peralatan serta perahu dibawa ke Pangkalan PPM Semporna dan kes itu dirujuk kepada Jabatan Hidupan Liar. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda