BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Januari 2013 – Unit Operasi Khas Cawangan Polis Marin, Polis Diraja Brunei telah membuat penemuan alat menangkap ikan yang berbentuk senjata tempuling (Spear Gun) di atas sebuah perahu di perairan Brunei.
Menurut kenyataan pasukan Polis Diraja Brunei, semasa membuat rondaan pada 20 Disember, unit operasi berkenaan telah membuat penahanan ke atas sebuah perahu yang dipandu menuju ke perairan laut Berakas yang bertujuan hendak membuat penyelaman dan penggambaran di dalam air.
Pemeriksaan ke aras perahu berkenaan termasuk pemandu dan tujuh orang penumpangnya, selain alat penyelamat, turut menemui selaras senjata tempuling untuk menangkap ikan berserta lima batang basi di dalam sebuah beg hitam, diletakkan di kawasan belakang tempat duduk pemandu.
Perahu, pemandu dan penumpang serta semua peralatan termasuk tempuling tersebut telah dibawa ke cawangan Polis Marin Muara untuk siasatan lanjut.