Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis mencari mangsa serangan jerung

    SYDNEY, 1 NOV – Polis di Australia Selatan hari ini mencari mayat seorang peluncur yang dipercayai maut dalam serangan jerung yang ‘mengerikan’.

    Lelaki berusia 55 tahun itu hilang berhampiran tempat meluncur popular di Pantai Granites di negeri Australia Selatan pagi kelmarin, kata polis.

    “Mayat lelaki itu masih belum ditemui dan pencarian disambung awal pagi ini.”

    Saksi, Ian Brophy, yang menggambarkan pengalaman melihat serangan ikan jerung yang ‘meloncat dan menggigit’ seorang lelaki, menyeretnya ke dalam air dan ‘darah di mana-mana’.

    “Saya melihat dia dalam ombak dan ikan jerung mengigit badannya dengan mulutnya yang agak mengerikan,” katanya kepada akhbar tempatan The Advertiser.

    Brophy mengatakan bahawa dalam beberapa minit, hanya papan peluncur mangsa yang tinggal.

    “(Jerung) mengambil setiap bahagian badannya, saya rasa.”

    Jeff Schmucker adalah antara mereka yang pergi ke dalam air untuk membantu perkhidmatan kecemasan mencari peluncur itu.

    Dia memberitahu penyiar kebangsaan ABC bahawa jerung itu adalah ‘panjang kereta sedan’ tetapi dia tidak pasti sama ada ia bertanggungjawab untuk serangan itu.

    Jerung putih besar diketahui berkeliaran di pesisir pantai Australia Selatan, dengan seorang guru maut pada Mei kira-kira 120 kilometer dari lokasi serangan kelmarin. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda